16 individu tercedera selepas satu puting beliung kecil melanda bandar di Pantai Aegean di Turki.<br /><br />Berdasarkan rakaman yang dikongsi agensi berita IHA, beberapa bahagian bangunan dan kenderaan dilihat mengalami kerosakan dengan keadaan empat buah kapal terbalik di kawasan peranginan terkenal, Cesme di wilayah Izmir.
